>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(EKSKLUSIF) Latar Belakang Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tidak Tahu.

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--
(EKSKLUSIF) Latar Belakang Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tidak Tahu.
(EKSKLUSIF) Latar Belakang Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tidak Tahu.

Biodata :

Nama : Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad.
Asal : Siak Sumatera.
Tarikh Lahir : 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor.

Allahyarham seorang pendakwah dan banyak mengajar di daerah Muar. Beliau juga ada mengajar hingga ke sempadan negeri Melaka dan Muar iaitu di Chohong Melaka. Beliau banyak tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid.

Beliau juga banyak mempelajari ilmu-ilmu dari Ulama Besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan Al-Muari Bin Haji Ahmad Bin Anggak Bin Datuk Sijo Bukit Moh di Muar, Johor.

Banyak kitab yang berjaya dikhatamkannya di bawah pengawasan Tuan Guru Haji Abu Bakar ini. Antara kitab yang berjaya dikhatamnya ialah Faridatul Faraid hasil karangan Masyaikh furunya iaitu Syeikh Ahmad Al-Fathani yang terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19.

Tuan Guru Haji Abu Bakar telah banyak mempengaruhi corak kehidupan dan pemikiran beliau. Almarhum Al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah pernah mencatatkan ungkapan beliau sendiri terhadap gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar ini.

Ungkapannya :
"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

SUMBER

0 Response to "(EKSKLUSIF) Latar Belakang Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tidak Tahu."

Post a Comment