>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ini dia Banglo Mewah Bernilai RM 3 Juta Milik Emma, Cacha dan Yaya Maembong (3 foto)

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--
Ini dia Banglo Mewah Bernilai RM 3 Juta Milik Emma, Cacha dan Yaya Maembong (3 foto)



Bermula 28 Oktober ini, kehidupan adik beradik Maembong ini akan dapat dilihat secara live apabila mereka terlibat di dalam program realiti terbaru terbitan ASTRO.

Program tersebut yang diberi nama The House dan dapat diikuti melalui laman sesawang www.thehouse.com.

Peminat-peminat pasti tidak sabar melihat kehidupan peribadi adik beradik ini kan?
Menariknya trio ini bakal disatukan atau ditempatkan di dalam sebuah banglo bernilai RM3 Juta. Di sana peminat dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini. Sepanjang mereka berada di dalam The House, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. Setiap episod akan memberikan nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemanusian kepada penonton dan juga keluarga artis itu sendiri. Uniknya lagi, para penonton juga berpeluang untuk berinteraksi bersama selebriti kesayangan mereka menerusi ruangan Chat di portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh dapatkan informasi terkini mengenai The House termasuk foto dan video eksklusif untuk dimuat turun. - Khairul Anwar Salleh.



 So apa pendapat korang? Agak-agaknya program seperti ini diadaptasi daripada program barat kan?

0 Response to "Ini dia Banglo Mewah Bernilai RM 3 Juta Milik Emma, Cacha dan Yaya Maembong (3 foto)"

Post a Comment