>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Al-Fatihah Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia.

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--

KUALA LUMPUR: : Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi. 

Allahyarham berusia 82  tahun. 

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, industri telah kehilangan seorang lagi permata seni tanah air. 

"Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air iaitu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin sebentar tadi di Klinik Idham Taman Melawati.

“Seniman juga menganggap kehilangan ini adalah kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni Negara,” menurut kenyataan itu.

Jins tinggal bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah di Hulu Klang dekat sini dan keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011.

Allahyarham dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935.

Allahyarham telah berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.

Manakala antara filem arahan Allahyarham adalah Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.

0 Response to "Al-Fatihah Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia."

Post a Comment