>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Anak Sulong Didie Alias Selamat Diijabkabul Hari ini.

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--
Anak Sulong Didie Alias Selamat Diijabkabul Hari ini.

Hari ini Nur Dhaniyah 22 anak sulong kepada pelakon Didie Alias telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya Mohd Razishahriman Sabari berumur 29. Beliau adalah seorang pereka grafik. Ridzuan Hashim bapa kepada Nur Dhaniyah yang juga seorang pelakon telah menikahkan pasangan ini. Nur Dhaniyah menerima RM300 sebagai mas kahwin dan hantaran rm15,000. Majlis pernikahan ini telah berlangsung di Dewan N'dah Mahligai di Shah Alam.
Foto Syarrizuan Abdul Rashid
 Didie Alias menitiskan air mata sebaik sahaja upacara akad nikah selesai.

"Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia," Ujar Didie Alias.

Foto Syarrizuan Abdul Rashid

SUMBER - Berita Harian

0 Response to "Anak Sulong Didie Alias Selamat Diijabkabul Hari ini."

Post a Comment