>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

2 Gadis Lesbian Mengaku Berkhalwat Dengan Warga Asing

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--

2 Gadis Lesbian Mengaku Berkhalwat Dengan Warga Asing | KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan yang mengaku pasangan lesbian dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah di Jalan Kemajuan, di sini, semalam.


Dalam serbuan jam 12.50 tengah malam itu, lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci kereta mendakwa baru tiga hari menumpang di rumah sewa milik dua gadis tempatan berusia 18 dan 20 tahun.
Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan penguat kuasa syariah daerah hasil maklumat awam kehadiran lelaki terbabit di rumah sewa pasangan berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki terbabit memaklumkan baru mengenali dua gadis terbabit melalui rakannya dan menginap di rumah berkenaan sementara menunggu mendapat kerja baru.
“Ketika disoal siasat, dua gadis terbabit mengaku mereka pasangan lesbian,” katanya.
Wan Mohd berkata, semua yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Katanya, mereka kemudian dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangan diambil sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan. – myMetro Online

0 Response to "2 Gadis Lesbian Mengaku Berkhalwat Dengan Warga Asing"

Post a Comment