Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, esok, walaupun dibantah Kerajaan Myanmar.
Perdana Menteri berkata, kehadirannya sebagai isyarat bahawa Malaysia mempertahankan nilai kemanusiaan dan universal.
"Kezaliman ke atas umat Islam Rohingya bukan tindakan yang boleh diterima oleh Komuniti ASEAN.
"Apa nak jadi, jadilah kita tetap pertahankan pendirian kita," tegas beliau ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, hari ini.
Wisma Putra, semalam, secara tegas membantah kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, yang meminta agar Malaysia tidak campur tangan dalam hal dalaman negara itu.
Ia susulan laporan yang mengatakan Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, Kementerian Luar memandang berat krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine.

0 Response to "'Apa nak jadi, jadilah' kata PM Dato Seri Najib "
Post a Comment