Ustaz Azman Al-Kurauwi MAUT tragis di langgar LARI ketika menunggang BASIKAL
Kuala Lumpur : Ustaz Azman Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Al Kurauwi di Radio Ikim FM, Arwah maut dilanggar 'hit & run'. sebuah Myvi putih di lebuhraya DUKE bawah jambatan antara Setiawangsa dan Keramat pagi tadi.
Arwah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dikepala, Arwah selalu muncul di Radio Ikim FM.
Mengikut adik Arwah Mohd Amin Ahmad melalaui laman sosial nya :
Daripada Allah kita datang..daripada Allah kita akan kembali..
Dengan kesedihan yang paling dalam..saya wakil keluarga memaklumkan abang kandung saya Ustaz Azman Al-Kurauwi telah pun menemui Pencipta-Nya pagi tadi..
Kami ahli keluarga dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur..masih belum ada apa2 makluman..
Saya akan update dari masa ke semasa..
Buat kenalan Allahyarham..titipkan doa buat isteri & ahli keluarganya serta kami semua diberi ketenangan menghadapi situasi ini..
Jenazah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, Jenazah akan dimandikan di Hospital dan akan dikebumikan hari ini juga di tanah perkuburan keramat.
Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, kereta yang melanggar arwah dan lari giat dikesan membantu siasatan, Al fatihah. Semoga pihak berkuasa dapat mengenal pasti dan dapat melakukan tangkapan dengan cepat.
Bersama² la kita mendoakan yang terbaik dan semoga roh nya dicucuri rahmat. Aminn..
0 Response to "(5 FOTO) Ustaz Azman Al-Kurauwi Maut Dalam Keadaan Tragis Ketika Menunggang Basikal. "
Post a Comment