Bangkok: Seorang bayi perempuan dilahirkan tanpa tempurung kepala dan terpaksa bergantung sepenuhnya bantuan orang lain untuk terus hidup.
Bayi berusia lapan bulan yang dikenali sebagai Nurafaiha itu juga dilahirkan buta.
Nurafaiha dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di wilayah Saya Buri dekat sini.
Ibu bapa Nurafaiha memberitahu, mereka bergelut untuk membesarkan bayi berkenaan kerana tidak mampu selain mempunyai empat lagi anak yang masih bersekolah.
Nurafaiha perlu menjalani rawatan di hospital pada setiap bulan dan memerlukan pembedahan di wajahnya pada masa akan datang.
Lebih menyedihkan lagi, bayi berkenaan juga tidak boleh makan dan minum secara normal, dan hanya diberi susu menggunakan tiub.
Kesempitan hidup keluarga itu akhirnya dibantu oleh seorang sami Buddha dan yayasan yang ditubuhkannya bagi membantu keluarga miskin.
Sami berkenaan yang dikenali sebagai Bhin kini menubuhkan tabung untuk membantu Nurafaiha dan keluarganya.
Yayasan berkenaan turut memaparkan kisah Nurafaiha di laman Facebook dan mendapat simpati ramai pengguna di negara itu.
Sejak kisah Nurafaiha tersebar di media sosial, yayasan berkenaan setakat ini berjaya mengumpul dana berjumlah 200,000 baht (RM24,870) untuk membantu bayi berkenaan. - Agensi
0 Response to "Bayi perempuan dilahir tanpa tempurung kepala."
Post a Comment