>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Jamal Yunos Hadiahkan Hotel Buat Ibunya.

--Letakan kode unit adsense hasil parse disini--
PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos berkata tapak hotelnya, Sekin Fishermen Village Hotel & Resort di Sekinchan hadiah untuk ibunya kerana ada banyak kenangan bersama ibunya ketika beliau masih kecil di situ.


Jamal berkata beliau menebus semula tanah itu dan menghadiahkan kepada ibunya, apabila beliau mendapat keuntungan daripada perniagaan.

“Hotel itu dibina sejak 8 tahun lalu, tujuan saya untuk beri Sekinchan satu imej, orang kampung dapat kerja. Kalau nak cari untung, bukan di Sekinchan, jika saya nak buat pelaburan mesti di Kuala Lumpur.

“Sekinchan tempat lahir saya. Tanah itu ada kisah, ia sebenarnya diteroka oleh emak saya ketika saya kecil, biasanya habis sekolah kami naik basikal pergi ke sana bersihkan kawasan.

“Masa saya beli tanah itu, saya tak cakap dekat mak saya. Bila resort itu siap baru saya bawa mak ke situ, mak saya menangis. Terkenang kembali usaha beliau. Ada kenangan istimewa buat saya di situ,” katanya kepada FMT.

Semalam, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menjalankan kerja merobohkan premis itu selepas menghantar notis perintah menutup hotel di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa semalam dan pemeriksaan semula akan dibuat pada 4 Januari depan.

Jamal mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hotel itu dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya terhadap isu gangguan air.

Jamal berkata pihaknya memohon permit sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai dokumen lengkap disediakan.

“Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis,” katanya.
Sehubungan itu, Jamal mempertikaikan kenapa baru semalam notis dikeluarkan dan merobohkan hotelnya, selepas sehari beliau mengadakan protes solo dengan hanya bertuala mandi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam kerana gangguan bekalan air sejak Isnin.

“Kenapa buat semalam, sehari lepas saya buat protes? Kenapa tak buat tahun lepas atau 2 tahun lepas?

“Saya dah buat permohonan awal sudah lama. Semua beres, tetapi Ng (Adun Sekinchan Ng Suee Lim) melalui ahli majlisnya tidak benarkan lesen dikeluarkan. Ini bukan politik, ini perniagaan,” katanya.

Jamal berkata tanah itu sudah dapat kebenaran tukar status pertanian kepada pelancongan dan perindustrian.

“Sekarang apa yang akan terjadi kepada 38 pekerja resort saya sejak 5 tahun lalu,” katanya.

SUMBER

0 Response to "Jamal Yunos Hadiahkan Hotel Buat Ibunya."

Post a Comment