Sedang admin melintas² di laman sosial facebook, admin ternampak satu kisah yang amat memilukan dan menyayat hati admin. Saudara Shuhaimi Zulkefli telah menceritakan bagaimana sebuah keluarga sedang shopping untuk membeli kelengkapan pakaian sekolah anak² mereka. Tetapi apabila membacanya, admin dapati mereka shopping bukanlah di shopping mall yang gah.
Tetali sebaliknya mereka shopping di kedai barang lusuh di taman medan. Jom kita baca penceritaan dari beliau.
..... Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku...
Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia...
Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.
Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?
Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!
Alamak. ini sebak nie.
Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.
Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.
Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.
Sumber: Siakap Keli
0 Response to "Sebak Dan Pilu. Melihat Sebuah Keluarga Shopping Keperluan Sekolah Di Kedai TERBUANG Dan Barangan Terpakai."
Post a Comment