Kanak-Kanak 11 Tahun Kelahiran Taiping Memukau Dan MENGEJUTKAN Di Negara China Dengan Kemantapan Vokalnya.
Tidak dinafikan bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Malaysia, Shila Amzah yang telah mencipta kerjaya di persada seni tanah air dan telah melebarkan sayapnya sehingga ke persada antarabangsa, khususnya di negara China.
Kini, seorang lagi anak kelahiran Taiping, Perak, yang berusia 11 tahun ini boleh dikatakan "The Next Shila Amzah", kerana telah menarik perhatian juri dan penduduk di negara China dek kerana nyanyiannya yang memukau.
Adinda Tasya Mansor telah menyertai sebuah program pencarian bakat baru di China, "Let's Sing Kids" musim keempat, dimana Adinda telah menunjukkan bakatnya bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan merdu sekali.
Semua juri dalam pertandingan tersebut, Gary Chaw, Su Yunying dan Jacky Xue Zhiqian, inginkan Adinda menjadi anak didik mereka. Wow!
Adinda menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, 'Next Stop In The Future' di rancangan itu, yang mula bersiaran di saluran Hunan TV pada 2 Julai lalu.
Videonya dimuat naik ke laman YouTube Jacob Vocal Centre. Ia sudah ditonton hampir 400,000 kali dan menerima lebih 2338 'like', dengan ramai netizen meluahkan rasa teruja dan memujinya.
Adinda juga merupakan peserta Ceria Popstar tahun lalu, dan menamatkan pertandingan di tempat kelima.
Sumber
0 Response to "Kanak-Kanak 11 Tahun Kelahiran Taiping Memukau Dan MENGEJUTKAN Di Negara China Dengan Kemantapan Vokalnya."
Post a Comment